Syarikat Selalu Untung, Tapi Duit Cukup-Cukup Je Cover Expenses

Ramai peniaga yang ada masalah ni. Kalau diikutkan syarikat memang untung, tapi duit yang ada setiap bulan cukup-cukup je nak bayar expenses. Tak de lebihan. Maksudnya kita kira2 sepatutnya untung tapi duit kurang.

Andaikata kalau kita memang ade buat akaun… kita boleh tengok apa masalahnya terus dari Financial Statement kita. Kita boleh tengok bahagian Cashflow Statement.

Kalau tak buat akaun? Macam mana nak tengok kan. Tak pe.. anggarkan je la ya. Antara penyebab nampak untung tapi tak de lebihan pun:

1. Belian aset tetap.

Aset tetap macam kereta, office equipment, mesin2, renovation ni tak termasuk dalam kiraan untung rugi syarikat.

Katakan untung bulan tu rm10,000. Kita beli aset tetap rm10,000 juga. Duit pun jadi lah ‘0’ walaupun untung kita rm10,000 sepatutnya. (Ignore susut nilai ya.)

2. Stok yang masih tak terjual.

Boleh praktis untuk kira nilai stok yang masih tak terjual setiap hujung bulan. Duit kita sebenarnya dah ‘terikat’ dekat stok2 ni.

3. Hutang-hutang customer.

Bila kita kata dia customer yang masih berhutang dengan kita. Maksudnya sales dah berlaku dan untung secara kasar dah ade.

Tapinya sebab dia tak bayar lagi, jadinya tak selarilah antara untung dan duit yang ada di tangan. Semakin banyak hutang customer dengan kita, semakin beza la antara duit yg ada dengan profit kita. Nak kejar hutang customer ni pun kita kena plan strategi ya.

4. Bayar hutang-hutang lama.

Bila syarikat bayar hutang2 lama, duit tu keluar tapi bukan untuk perbelanjaan pada tempoh kita kira untung rugi tu. Katakan supplier tu kita hutang untuk belian tahun 2017. Tapi kita bayar pada tahun 2018.

So kos hutang tu dah masuk dalam kiraan untung rugi tahun 2017. Jadi bila kita bayar tahun 2018, kita bayar hutang bukannya belanja tahun 2018. Tak usik kiraan untung rugi tahun 2018.

==========

4 point ni antara sebab-sebab glamour macam mana boleh UNTUNG tapi duit KURANG dari sepatutnya. Banyak lagi sebab2 lain yang boleh kita detect bila kita prepare financial statement.

Leave a Reply