Dalam kesemua kes yang saya handle, paling banyak adalah kes yang mana majikan SALAH CARA TERMINATE pekerja yang bermasalah dan prestasi merosot.
Akibatnya majikan terpaksa bayar wang pampasan saman sebab tak cukup bukti dan cara termination yang salah.
Salah satu punca pekerja ditamatkan perkhidmatan adalah disebabkan masalah prestasi. Masalah prestasi ini penting sebab ia sedikit sebanyak memberi kesan buruk kepada perjalanan syarikat.
Namun apa yang berlaku syarikat pula terpaksa bayar ratusan ribu ringgit kerana salah laku dalam proses menamatkan pekerja ini yang mana pekerja tersebut cukup pandai telah buat tuntutan saman di Mahkamah Perusahaan.
Jadi, HR Performance Mastery adalah kelas intensif khas untuk anda Majikan dan juga HR staff, di dalam kelas ini sepenuhnya praktikal. Saya ajar, saya tunjukkan cara dan anda terus buat di depan saya.
Antara banyak sebab poket syarikat jadi koyak rabak kerana disebabkan salah dalam proses buang pekerja yang ada masalah salahlaku.
Dah lah pekerja buat hal macam mencuri. Kita dah tanggung rugi. Tapi kenapa bila buang pekerja tetap syarikat yang salah?
Sebab anda terlupa satu perkara yang sangat penting iaitu kena ada Surat Tunjuk Sebab. Banyak lagi perkara penting yang akan dibongkarkan kepada anda supaya tak de lah penat-penat anda kumpul duit akhirnya terbang melayang sebab salah buang pekerja.
Hari ni, ada sesi bersama lawyer pula. Private coaching bersama Tuan Auzan Sazali, peguam yang pakar dalam undang-undang HR.
Bertuah kerana menjadi kumpulan pertama yang terpilih untuk sesi pengenalan content HR Impact Mastery. Walaupun hanya 2 fasa ’employment’ yang sempat dikupas iaitu i) fasa ‘hiring’ dan ii) fasa ‘on-job’, namun sempat berasap jugalah kepala ni.
Mana taknya, banyak istilah perundangan yang kita perlu tahu.
Nasib baiklah Tuan Auzan sabar orangnya. Explain satu demi satu. Explain dalam BM pula tu. Jadi, mudah bagi kita yang takde background law ni nak faham.
Sebagai usahawan tuisyen, banyak yang perlu saya tahu tentang undang-undang yang melibatkan pekerja.
Yang BEST tentang pertemuan hari ini, saya dapat perkemaskan pemahaman tentang apa yang terkandung dalam Akta Kerja. Dan juga, tentang satu aspek yang SANGAT PENTING bagi pengusaha pusat tuisyen dan home tuition.
Iaitu…
Bagaimana nak uruskan JADUAL KERJA tutor sepenuh masa dan separuh masa mengikut landasan undang-undang yang BETUL.
Dapat berjumpa face-to-face dengan lawyer, memang bonus yang ditunggu-tunggu. Tak sabar nak tunggu program anjuran #HEXO yang seterusnya. Ini kerana, industri tuisyen bukan industri yang biasa-biasa. Dan, saya juga ingin menjadi majikan yang bukan biasa-biasa. #InsyaAllah
Saya nak jadi majikan yang BIJAK dalam pengurusan staf terutama tutor bagi memastikan SMART Tuition dapat melahirkan tutor yang berkualiti dan berimpak tinggi.
Semoga dipermudahkan. #aamiin
SMART Tuition - Pusat Tuisyen Pembelajaran Pintar
Hi, Saya Auzan Sazali. Saya merupakan seorang peguam dari lulusan Sarjana Mudah Undang-Undang di UIAM.
Selama 9 tahun pengalaman saya handle beratus-ratus kes, turun naik mahkamah. Paling banyak kes yang berlaku adalah masalah salahlaku dalam pembuangan pekerja dan rekod pampasan yang berjaya diperolehi dari yang kes saya ambil dan nilainya hampir RM 1 Juta.
Di HEXO & CO, visi kami adalah untuk membantu dan memberi kesedaran kepada semua majikan di luar sana tentang kepentingan keharmonian dalam mengamalkan undang-undang dengan cara yang betul dan efektif.
© 2019 AAS Hexo Sdn Bhd (1341146-A). All rights reserved
F-11-22, Block F, Pacific Place Signature Office,
Jalan PJU 1A/4, Ara Damansara,
47301 Petaling Jaya, SELANGOR
03-76114503
myhexocenter@gmail.com