03.12 – LAPORAN RPP

Video ini adalah lanjutan daripada video RPP sebelum ini, video ini menerangkan cara membuat laporan RPP selepas pekerja tersebut sudah melalui tempoh RPP dalam masa yang telah ditetapkan.

Laporan ini melihat secara keseluruhan progress pekerja tersebut di dalam RPP yang boleh menjadi bukti tahap prestasi pekerja.

Video ini juga menerangkan berkaitan aspek tahap pencapaian di dalam laporan RPP. Majikan akan didedahkan bagaimana ingin menilai tahap pencapaian pekerja tersebut dengan melihat kepada prestasi yang telah ditunjukkan oleh pekerja.

Video ini menerangkan dengan lebih lanjut cara menilai tahap pencapaian tersebut. Di dalam laporan RPP terdapat bahagian untuk menjelaskan kenapa pekerja tersebut tidak berjaya mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Di dalam video ini, menjelaskan cara menulis laporan jika pekerja tersebut tidak berjaya mencapai sasaran dan bagaimana laporan ini akan menjadikan bukti dalam proses menamatkan perkhidmatan pekerja tersebut.