03.06 – PENILAIAN – PENGETAHUAN KERJA, KERJASAMA, DISIPLIN, HUBUNGAN, TANGUNGJAWAB & PENGUNAAN BORANG

Video ini menerangkan tentang penilaian berkaitan pengetahuan kerja. Majikan perlu menilai pengetahuan pekerja dalam melaksanakan bidang tugas yang telah diberikan.

Di dalam video ini menerangkan aspek yang penting yang perlu dilihat majikan sebelum menilai pekerja, video ini juga ada menyentuh berkaitan penilaian dari segi aspek kerjasama. Majikan diajar cara melihat elemen – elemen penting dalam menilai aspek kerjasama. Gagal memberikan kerjasama kepada rakan sekerja juga boleh menyebabkan berlaku masalah prestasi.

Kemudian , video ini menjelaskan mengenai aspek disiplin di dalam borang penilaian prestasi. Majikan perlu menilai aspek disiplin pekerja untuk mengenalpasti tahap kepatuhan pekerja dalam aspek masa dan lain-lain polisi syarikat.

Selain itu, video ini mengajar cara untuk menilai aspek hubungan di dalam borang penilaian prestasi. Terdapat beberapa hubungan yang wujud apabila pekerja tersebut bekerja di dalam satu bumbung. Aspek ini penting untuk menilai prestasi pekerja tersebut dalam proses menyesuaikan diri antara pekerja. Gagal mewujudkan hubungan yang baik juga boleh dianggap sebagai suatu masalah.

Seterusnya .video ini menjelaskan mengenai cara menilai aspek tanggungjawab seseorang pekerja di dalam borang penilaian prestasi. Aspek ini untuk melihat tahap kebertanggungjawaban pekerja dalam menjalankan tugasnya.

Video ini  juga ada menerangkan ringkasan cara penggunaan borang secara keseluruhan agar majikan lebih faham dan jelas pengunaan borang penilaian prestasi.